Bukan lagi facebook.com/nama-kedai-anda.
kedaianda.com — pendek, senang disebut, nampak seperti syarikat besar.
Anda tak perlu tahu apa itu DNS, hosting atau SSL. Kami uruskan semua.
Cari nama di atas. Kalau sudah diambil, kami cadangkan 5 alternatif yang masih kosong.
WhatsApp kami. Bayar melalui DuitNow / transfer. Resit dihantar serta-merta.
Dalam 24 jam domain didaftar atas nama anda. Kami hantar akses & panduan.
Atas nama anda (atau nama syarikat anda). Kami hanya tolong daftar dan pasang. Bila anda mahu pindah ke vendor lain nanti, anda boleh bawa domain itu bersama — tiada bayaran tebus.
Bergantung pada harga registrar pada masa itu, biasanya RM55–RM120 setahun untuk .com. Kami beritahu harga sebenar sebelum renew — tiada caj tersembunyi.
Boleh. Domain boleh didaftar dulu dan dibiarkan kosong, atau kami pasang halaman "coming soon". Bila anda sudah bersedia buat website, domain itu terus digunakan.
Boleh, tapi ia perkhidmatan berasingan (Zoho / Google Workspace). Beritahu kami kalau anda mahu — kami kirakan kosnya dahulu.